Penyedia Perkhidmatan Retort Makanan & Pengilang OEM bagi produk Sedia-Untuk-Dimakan (RTE) di Lembah Klang

Your Cart

cartisempty

Subtotal
MYR 0
Shipping, taxes, and discounts will be calculated at checkout.
Terma dan Syarat
  1. Untuk ujikaji retort, Pelanggan dikehendaki menyediakan 15 pcs ‘sampel produk’ (100gm-300gm) untuk diuji terlebih dahulu sebelum servis retort dibuat, Ujian ini untk menguji ketahanan pouch terhadap suhu dan tekanan mesin retort dan perubahan/kesan ke atas produk dari segi struktur, bentuk dan kesesuaian plastik retort yang digunakan, ketebalan seal plastik, dll. 

  2. Bayaran sebanyak RM100 dikenakan untuk SATU (1) kali uji/ 1 menu/ 1 kaedah. Kos ini termasuk kos transparent retort pouch, kos filling & sealing untuk 15 pouch dan kos perkhidmatan lain (kos perkhidmatan mencuci peralatan/bekas anda) 

  3. Untuk full cycle retort, kadar bayaran perkhidmatan retort adalah adalah RM300/ 1 cycle. Kos ini tidak termasuk kos filling, sealing, percetakan tarikh luput dan kos perkhidmatan lain. Bayaran Deposit RM300 diperlukan untuk memulakan kerja-kerja proses retort dan baki untuk full cycle akan disertakan dalam bentuk invois selepas selesai semua proses yang dipersetujui dan keseluruhan bayaran perlu dijelaskan sebelum atau semasa mengambil produk anda.

  4. Sila isikan borang tempahan dan sila tandatangan borang polisi ujikaji  retort dan perkhidmatan retort ini dan serahkan kepada team Pusat Retort Malaysia (Selepas ini disebut PRM). SOP produk ujikaji dan perkhidmatan full retort boleh diambil 3 hari selepas penghantaran produk ke PTRM.

  5. Semasa penghantaran produk sebelum proses retort, kedua-dua pihak perlu menguji rasa produk terlebih dahulu dan ini bagi memastikan produk masih dalam keadaan baik sebelum melalui proses retort. 

  6. Bayaran perlu dijelaskan sepenuhnya sebelum proses retort dibuat. Tiada pemulangan Kembali wang selepas bayaran dibuat.                

  7. Sekiranya pelanggan menggunakan kilang PRM sebagai tempat kuarantin, pelanggan perlu mengambil produk yang telah siap melalui proses retort pada hari ke-14 selepas retort. Caj storan di kilang kami untuk tempoh 14 hari adalah RM100. Sebarang kelewatan akan dikenakan caj sebanyak RM30/sehari. Produk akan dilupuskan selepas 30 hari tidak dituntut.

  8. Sekiranya berlaku bencana alam (kebakaran, banjir dll), pihak PRM tidak akan membuat sebarang ganti rugi sekiranya berlaku kerosakan ke atas produk pelanggan. 

  9. Pihak PRM tidak akan membayar segala ganti rugi sekiranya pouch rosak/pecah jika pembelian plastik pouch dibeli selain dari PRM. 

  10. Sekiranya pelanggan menggunakan pembungkusan dan ‘sealing’ sendiri, pihak pelanggan perlu memastikan seal pada plastik adalah setebal 1cm, jika tidak pihak PRM berhak untuk menolak pesanan plastik retort yang kurang dari 1cm. Pihak PRM akan mengenakan caj tambahan sekiranya pihak pembeli bersetuju untuk membuat seal tambahan dengan kadar bayaran RM0.30/pouch.

  11. Pihak kami akan membuat semakan terhadap setiap pouch yang dihantar, sekiranya pouch tersebut tidak mengikut SOP yang telah ditetapakan, pihak kami berhak menolak untuk membuat prosess retort.

  12. Sekiranya Pihak pelanggan menghantar produk yang menggunakan pouch sendiri perlu memastikan pouch tersebut adalah mengikut spesifikasi retort, cara filling adalah mengikut spesifikasi retort, dan cara sealing adalah mengikut spesifikasi retort. (boleh rujuk item 10) Sekiranya berlaku pecahan pouch di dalam mesin retort, caj penyelenggaraan adalah sebanyak RM500 akan dikenakan.

  13. Untuk pakej promo, pelanggan perlu menghabiskan cycle yang telah dipersetujui, sekiranya anda tidak memenuhi cycle dan MOQ yang telah ditetapkan, maka harga perkhidmatan retort RM300/1 cycle akan diambil kira.